Kerjaya Isaac Voo

Voo menunjukkan minatnya terhadap arena hiburan di usia 17 tahun semasa menyertai persembahan untuk Hari Guru sekolah. Beliau kemudian mula menyertai pertandingan pencarian bakat yang akhirnya membawanya kepada siri TV realiti Korea Selatan, BOYS24. Program yang bermula pada 2016 dengan 27 peserta itu memerlukan kesemua peserta lelaki menampilkan bakat mereka menerusi siri konsert jelajah.[4][6]

Beliau berjaya menjadi antara peserta teratas dalam siri rancangan itu dan menduduki kedudukan keenam daripada 27 peserta sekaligus terpilih turut serta dalam siri latihan untuk diserap menjadi artis K-Pop terulung di Korea Selatan.[4][7]

Selepas berjaya terpilih sebagai pemenang BOYS24, Voo mengumumkan pada Ogos 2017 bahawa beliau telah berjaya mendapat tempat sebagai salah seorang peserta kumpulan Re-Born. Voo menjadi salah seorang ahli kumpulan IN2IT yang menjadikannya sebagai artis K-Pop pertama Malaysia.[4][8][9]

Pada tahun 2022, Voo kembali ke Malaysia untuk meneruskan kerjaya muzik secara solo sementara ahli kumpulan In2It yang lain sedang menjalani latihan ketenteraan yang diwajibkan di Korea Selatan, seterusnya diumumkan sebagai artis residen Prodigee Asia Talent.[10][11][12]

Pada 5 Ogos 2022, Voo melancarkan single solo pertamanya, "Time Bomb".[13]

Rujukan

WikiPedia: Isaac Voo http://www.orientaldaily.com.my/s/208514 http://www.sinchew.com.my/node/1672169/%E3%80%8A%E... https://iluminasi.com/bm/isaac-voo-anak-muda-malay... https://www.instagram.com/@isaacvkm_1212/ https://www.kpopstarz.com/articles/308218/20220809... https://says.com/my/entertainment/isaac-voo-first-... https://twitter.com/@isaacvkm_1212 https://worldofbuzz.com/meet-23-year-old-isaac-voo... https://bebasnews.my/2022/05/18/isaac-voo-in2it-ke... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2022/...